Vokalis Group Band Iklim, Saleem Meninggal Dunia

Vokalis Group Band Iklim, Saleem Meninggal Dunia

HARIANRIAU.CO -   Saleem vokalis group band Iklim yang ngetop dengan lagu berjudul Suci Dalam Debu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira pukul 06.00, Ahad (14/10/2018).

Berita sedih itu dibenarkan oleh anaknya Iera Fakhira yang meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq Farhain juga seorang artis.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor.

 


sumber: mstar

Halaman :

Berita Lainnya

Index